Surah Al-Kautsar hanya mengandungi 3 ayat. Ia telah diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW.
Ia kerana ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.
Inilah pelbagai khasiat yang terkandung di dalam surah ini, mari kita amalkan:
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Mari amalkan dengan ikhlas agar Allah mengabulkan apa yang diminta.
Amin ya robbal alamin
Sumber: islamituindah.com.my
loading…