Bertuahlah bagi setiap insan yang senantiasa berusaha memperbaiki dirinya menjadi lebih baik. Beruntunglah bagi para wanita yang senantiasa berusaha untuk menjadikan dirinya lebih solehah.
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Tidak mahukah dirimu menjadi seindah-indah perhiasan di dunia ini? Bukan sahaja indah di dunia, malah seindah bidadari di syurga nanti.
Ingin menjadi secantik-cantik perhiasan bukan semudah menata rias wajah; sekelip mata sudah nampak impaknya. Ia memerlukan perubahan dari hari ke hari, walaupun perubahan itu kecil. Lama-lama kelamaan segala yg kecil itu akan menjadi lebih besar dan terus membesar.
Senantiasalah menilai diri sendiri. Bermuhasabahlah setiap hari dan tampunglah kekurangan diri.
Antara lain yang boleh dilakukan;
1. Nilai prestasi amal ibadah & kewajipan diri
Solat – Bagaimana dengan solat kita? Adakah di awal waktu atau sebaliknya? Adakah khusyuk ataupun minda dipenuhi dengan perkara-perkara duniawi?
Salah satu cara untuk menilai prestasi ibadah kita ialah dengan mencatat waktu kita solat pada setiap hari. Dengan itu, kita akan dapat menilai adakah kita solat di awal waktu ataupun melengah-lengahkannya. Catatan itu sekaligus akan menjadi peringatan bagi kita untuk senantiasa solat di awal waktu.

Membaca Al-Quran – Apakah kita sekadar membacanya tanpa mengetahui erti bicara yang kita lafazkan? Ambillah sedikit masa untuk menghayati maksud surah yang dibaca sekaligus mengamalkannya -Ilmu & Amal.
Peruntukkan sekurang-kurang 10minit sehari daripada 24jam yg kita miliki itu untuk menghayati tafsiran kalamullah. Hayati dengan sepenuh hati & jiwa; biarkan ia mengalir dan menyentuh kalbumu, agar bersih akhirnya hatimu itu.
Tahajud/Qiamulail – Korbankan sedikit masa dari waktu tidurmu itu untuk menghadap Ilahi dalam kesunyian malam sepi. Waktu ini, gunakanlah sebaiknya untuk meluahkan segala apa yg terbenak di hatimu, memperbanyakkan ingatanmu pada Allah agar bertambah perasaan cintamu padaNya.
Aurat – Perhatikan apa yang disarung melitupi badanmu pada setiap kali dirimu menghadapi dunia dan isinya. Aurat wanita dgn bukan mahram adalah keseluruhan badan kecuali wajah dan tapak tangan.
Biarlah tidak diterima oleh masyarakat dan diberi stigma terlalu menutupi daripada dirimu itu dimurkai Allah. Bukankah redha Allah itu lebih utama?
2. Langsaikan hutang dengan Allah
Mati bisa saja berkunjung pada bila-bila masa. Bersediakah kita? Berapa banyak lagi hutang yang belum dilangsaikan pada Allah?
Puasa yang masih diganti. Nazar yang masih belum ditunaikan dan banyak lagi. Langsaikan semua sebelum dirimu pulang menemuiNya.
Ingatlah bahawa orang yang bijak ialah orang yang banyak mengingati mati dan senantiasa bersedia untuk menghadapinya.
3. Tinggalkan kemungkaran!
Bermuhasabah sebentar. Apakah ada kemungkaran yg sengaja dilakukan dirimu hari ini? Auratmu adakah benar-benar ditutupi?
Bagaimana pula dengan perhiasan yang dihiaskan pada dirimu itu. Adakah ia menyebabkan dirimu terjerumus ke lembah tabarruj?
Lisanmu pula bagaimana? Adakah ada umpatan, celaan, keji mengeji, bicara sia-sia, kata-kata yg menyakitkan hati insan lain dan sebagainya?
Ketahuilah bahawa umpatan (ghibah) ada yang dibenarkan syara’ yang disebabkan oleh:
-Untuk melindungi seseorang daripada kejahatan seseorang yang lain
-Menceritakan perihal seseorang yg sememangnya tidak kisah andai orang lain mengetahuinya
-Orang yang teraniaya mengadu kezaliman orang yang menzaliminya kepada penguasa/hakim dll.
Bagaimana pula dengan pergaulanmu? Terlalu banyakkah perbualan yang sia-sia dgn bukan mahram dan apakah ada perbuatanmu yang menghampiri zina?
Jauh-jauhkan itu semua. Ia akan menggelapkan hatimu malah akan menurunkan paras imanmu. Lebih teruk, menjadikan dirimu lebih jauh dari Si Pencipta.
Hentikan itu semua hari ini juga supaya dirimu menjadi lebih solehah, selangkah mendekati Ilahi.

4. Perbanyakkan perkara kebaikan!
Setiap amalan yg baik mahupun buruk akan tetap dinilai Allah, walaupun ia hanyalah sebesar zarah. Maka, jangan diremehkan perkara kebaikan walau sekecil manapun ia tampak di mata manusia.
Andai ada peluang untuk melakukannya, teruskanlah niat suci itu dan ikhlaskanlah hatimu itu kerana Allah. Jangan teragak-agak untuk melakukannya walaupun ia hanyalah sebesar zarah.
Mana tahu andai ikhlasnya dirimu melakukannya kerana Allah akan dapat membawa kakimu menjejak ke syurgaNya.
Adapun perkara kebaikan ini adakalanya sukar untuk dilakukan, namun paksa dahulu dirimu itu. Lama kelamaan, ia akan menjadi sebati dengan jiwamu dan ikhlas akan mula mendatangi diri.
Dan juga, perbanyakkan melakukan sunnah Rasulullah S.A.W. Ekspresikan rasa cintamu itu kepada baginda. Mudah-mudahan itu akan menampung kekurangan ibadah wajib yg tidak disedari dirimu.
5. Dengarkanlah bicara alim ulama’
Berikanlah santapan rohani pada jiwamu itu. Jangan dibiarkan kekosongan dan kelaparan, bimbang andai ia diisi pula dengan perkara tidak sepatutnya dek terlampau kosong tanpa isi.
Alang-alang melayari internet, apa salahnya andai mencari dan mendengar ceramah-ceramah yg bakal memberi seribu satu manfaat pada dirimu?
Adalah jauh lebih baik untuk dirimu mengisi jiwa yg kekosongan dengan mendengar nasihat alim ulama’ berbanding mengisinya dengan drama-drama yang adakalanya memuatkan adegan yg boleh mendatangkan dosa pada penontonnya.
6. Bersih-bersihkanlah hatimu!
Jauhi sifat mazmumah dan suburilah sifat mahmudah. Maafkanlah sesiapa sahaja yang pernah menyakitimu secara sengaja mahupun tidak sengaja. Berlapanglah dada dengan ketidaksempurnaan orang lain kerana dirimu sendiri juga tidak sempurna.

Jauhi sifat dengki dan iri hati yang membinasakan. Jauhi dari menjadi pemfitnah. Jauhi dari menjadi penikam belakang yg memutuskan persaudaraan. Jauhi dari mengkhianati amanah dan kepercayaan yg diberi. Jauhi dari bicara yang berunsur penipuan dan ketidakjujuran.
Sebelum tidur, jangan lupa untuk memaafkan segala kesilapan orang lain terhadapmu. Jangan lupa untuk memperbanyakkan zikir agar hatimu bersih dan tenang selalu.
Setiap yang berusaha untuk mendekati Ilahi pasti akan diberi ganjaran olehNya. Jangan sampai terlalu selesa dengan ilmu yg dimilikimu saat ini. Teruskan berusaha untuk mengaut ilmu sebanyak mungkin hinggalah ke nafas terakhir.
Samalah juga dengan akhlak dan peribadi. Jangan merasakan sudah cukup sempurna. Jadikanlah dirimu esok jauh lebih baik daripada dirimu harini.
Semoga Allah merahmati dan menyayangi :
loading…